Large City On The Edge Of The Dock

Aktifitas pelabuhan yang ramai ditepi kota besar.

Elevated Road In The Mountains

Keindahan jalan layang di pegunungan yang ekstrim.

Picnic During The Holidays

Liburan musim panas sangat cocok untuk piknik bersama keluarga.

Beautiful Butterfly

Taman akan lebih indah jika dihiasi berbagai macam kupu-kupu.

Refreshing To Relax

Refreshing dengan bersantai di tepi dermaga yang sejuk.

Rabu, 08 Januari 2014

MEMBACA AYAT KURSI MENJELANG TIDUR



Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di 
bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran 
Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun 
merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat 
memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada 
fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : 

"Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"

Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat 
memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada 
pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun 
ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali 
ini ia pun tertangkap.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. 
Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji 
esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali 
dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya 
seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : 

"Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, 
telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri 
disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti 
diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya 
sekali lagi. 

Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. 
Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? 
Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."


Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang
menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. 
Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. 
Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.


"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan 
datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari 
tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan
lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata :

 "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak 
tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai 
akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati
tuan sampai pagi."


Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih 
menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya
yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.


"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat 
menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," 
jawab Abu Hurairah.

"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. 
Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan 
selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."


Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, 
sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa 
sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan."

HIKMAH MENINGGALKAN BOHONG



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada
seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah 
mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." 
Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap 
bohong?"

"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang 
yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia 
memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia 
meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah 
engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia 
teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya 
jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. 
Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat 
berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam 
perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak 
baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan 
oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATI SETELAH MATI



Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu 
selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang
untuk beramal ibadat di dalamnya. 

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang   membacanya. 

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya. 

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia  atau burung. 

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang 
mempelajarinya. 

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua    orang tuanya dan beristighfar baginya ,yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapatpahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, 
maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah) 

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan. 

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya. 

BERKAH DI BALIK MEMBACA BISMILLAH



Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak 
mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak
memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan 
sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah 
kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan 
bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak 
kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat
yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan 
senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di 
belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan 
padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati 
dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim."
Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan 
duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada
isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca 
Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua 
mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang 
kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" 
Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun
malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?"

Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. 
Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan 
mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar 
dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi 
ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Rahasia Para Juara Qori'-Qori'ah Internasional

Rahasia Teknik Olah Vokal para Qori’-qori’ah Internasional


A. Oleh Syekh Hajjaj Ramadan Al-Hindawi, Salah satu qori’ mesir yang kaya akan variasi lagu.





Menjaga Suara dan Membentuk Kualitas Vocal /Suara

Pada saat presentasi atau membacakan ayat-ayat suci Al-Quran, kualitas vocal sangat menentukan keefektifan dalam penampilan. Walaupun komunikasi visual dan verbal merupakan faktor penting tapi kualitas suara juga merupakan faktor yang signifikan. Untuk menjaga kualitas suara agar tetap fit, ada beberapa tips yang dapat digunakan:

1. Latihan secara istiqomah(rutin)

Lakukanlah latihan vocal tertib dimulai dari nada qoror , nawa, jawab, jawabul jawab, hingga murokkab (dari tingkatan terendah hingga tingkatan tertinggi)

2. Jangan merokok

Walaupun sebenarnya rokok tidak begitu berpengaruh besar pada suara.

3. Miinum air putih yang banyak

Hindari untuk minum air teh, kopi dan alkohol. Dan air bersoda yang terlalu banyak. Lebih baik minum air putih yang banyak. Jika minum air minum kemasan, pilihlah merek-merek yang sudah dipercaya keasliannya dan kualitasnya. Karena tidak semua air mineral baik untuk tenggorokan kita. Oleh karena itu perlu dicoba, jika ada minuman yang merpengaruh buruk pada tenggorokan anda, jangan diteruskan meminumnya.

4. Hindari terlalu lama dalam kondisi cuaca panas-dingin

Menurup penelitian, terlalu lama berjemur di terik matahari dan berdiam di ruangan ber AC dapat menurunkan kualitas suara.

5. Hindari makan terlalu malam

Khusus anda yang selalu show dimalam hari, makan terlalu malam mengakibatkan pencernaan yang tidak sempurna, sehingga mempengaruhi kerja tenggorokan yang akan mempengaruhi kualitas vocal. Idealnya bagi seorang qori’ ,makan malam terakhir adalah jam 8 malam.
Makan malam juga bisa membuat badan menjadi gemuk, jika badan kita kegemukan, maka akan mengakibatkan suara menjadi berat, dan pernafasan menjadi sesak tersengal-sengal. Keinginan untuk makan malam bisa digantikan dengan buah-buahan seperti jeruk dsb.

6. Jangan banyak bicara

Hindari terlalu banyak bicara yang tidak ada manfaatnya, berteriak, berorasi dan lain sebagainya. Hal ini akan menghilangkan kelembutan, kejernihan dan kesyahduan suara anda. Akibatnya suara akan menjadi kasar, tidak bening dan kurang sedap untuk didengar.

7. Mengontrol stress

Stress yang berlebihan dapat mengurangi kualitas suara, gunakan teknik relaksasi dan pernafasan untuk mengontrol stress, sehingga aliran darah yang mengalir ke sekujur tubuh dapat terkontrol dan semua organ tobuh anda bekerja dengan baik(termasuk tenggorokan).

8. Puasa beberapa jam sebelum”show”

Hindari makan dan minuman yang merangsang tenggorokan, terutama sebelum tampil, seperti makanan-makanan yang berminyak, mengandung serat, atau yang berbentuk bubuk. Agar tidak mengganggu penampilan suara anda.

9. Jaga kesehatan dan stamina tubuh

Selain olahraga, istirahat yang teratur , penuhi gizi yang dibutuhkan tubuh, agar kesehatan dan stamina tetap terjaga, karena dalam bersuara kita akan mengeluarkan energi yang cukup besar.

10. Jaga kestabilan mental

Hilangkan perasaan grogi, nervous, kurang PD, malu dan kawan-kawannya. Karena hal ini yang mengakibatkan kerusakan paling fatal, suara anda akan menjadi berantakan.
Disamping tips-tips diatas ada satu hal yang lebih penting lagi yaitu tawakkal, berserah diri kepada Allah serta memohan agar usaha anda tercapai. Dan yang tak kalah wajibnya, niatkanlah semua usaha anda semata hanya karena Allah SWT.

B. Oleh Syaikh H. Mukmin Aenul Mubarak, qori' Indonesia juara internasional tahun 2008 di Malaysia dan tahun 2009 di Iran.



Pesan beliau bagi para qori’/qori’ah :

1. Berlatih rutin setiap hari

Dengan berlatih setiap hari, maka akan mampu mengevaluasi kesalahan dan akan terus membenahi agar menjadi lebih baik lagi. Latihan yang baik yaitu pagi hari (setelah bangun tidur), usahakan jangan minum air terlebih dahulu, karena dengan tenggorokan kering akan mudah membentuk dan meningkatkan kualitas suara.

2. Melatih Pernafasan

Qori’/qori’ah dinilai baik jika memiliki pernafasan yang panjang. Karena dengan pernafasan yang panjang akan memperoleh kesempurnaan dalam bacaannya, terhindar dari waqaf (berhenti) yang bukan pada tempatnya (tanaffus) atau terhindar dari akhiran baca yang kurang harmonis karena kehabisan nafas dan juga dari bacaan yang terlalu cepat (tergesa-gesa) karena mengejar sampainya nafas. Melatih pernafasan dengan melantunkan urat-surat pendek sprit An Nashr dengan stu nafas dan dengan lagu yg mudah, bias juga dengan lagu yang lurus. Dengan dilakukan berulang-ulang maka akan kuat nafasnya. Kemudian rahasia beliau dalam pernafasan adalah cara mengambil nafas yang melalui mulut bukan melalui hidung, alasannya dengan melalui muluk akan mampu mengampil nafas dengan cepat dan banyak.

3. Selalu Menjaga Stamina

Stamina sangat diperlukan oleh seorang qori’/qori’ah kerena dengan stamina yang fit maka suara yang keluar akan maiksimal, tidak mudah berubah-ubah, tidak mudah habis. Caranya dengan makan-makanan yang sehat, rutin berolahraga seperti: jogging, renang, atau senam, serta tidak tidur terlalu malam.

4. Tidak Main-main dalam Mengeluarkan Suara

Dalam mengeluarkan suara usahakan tidak seenaknya sendiri. Harus sesuai dengan maqom lagu yang ada. Dan suara yang baik adalah suara yang keluar dari perut dan memiliki power yang baik.

5. Menjiwai Lagu

Tilawah akan terdengar syahdu dan menyentuh hati jika pembawanya dapat menjiwai lagu. Seperti lagu jiharka yang lebih menekankan kebahagiaan maka harus dibawakan dengan rasa gembira. Lain lagi dengan lagu sedih seperti shoba dan sika maka dibawakan dengan penuh khusyuk. Dengan hal itu akan mampu menggetarkan hati pendengarnya.

6. Mampu Mengimprovisasi Lagu

Di dalam perlombaan internasional seorang qori’/qori’ah ditekankan untuk menggunakan lagu/fariasi sendiri sehingga akan menunjukkan ciri khas qori’/qori’ah tersebut.

7. Tidak Mudah Putu Asa

Kegagalan adalah awal dari sebuah keberhasilan. Seorang qori’/qoriah harus terus maju jika ia ingin sukses. Beliau cerita jika dulunya beliau merupakan jago kalah,setiap lomba yang didapat hanya kekalahan. Namun dengan banyak kekalahan belau termotivasi untuk bangkit. Hingga akhirnya beliau menjadi Qori’ terbaik dunia 2009 di Iran.

8. Niatkan Hanya Untuk Allah SWT.

Belaiu mengatakan, “ Saya senang mampu melantunkan ayat-ayat suci’ Al Qur’an seperti ini karena Al Qur’an adalah kalamullah yang sangat mulia, dan membacanya akan mendapat pahala aplagi dengan tartil dan tilawah”. Dengan kata lain dengan niatan lillaahita’ala maka apabila menang ataupun kalah ia tidak akan menyesal dan selalu bersyukur.